Posts

Showing posts from May, 2018

Senaman di bulan Ramadan.

Baik sahaja bersenam di bulan Ramadan. Pastikan kita telah makan dan minim air kosong semasa waktu berbuka hingga sahur dengan secukupnya. Lepas bersenam, jika badan tu jenis cepat letih, kurangkan bercakap dan bergerak (bukan tiduuuuuur aje. Nanti lagi badan letih) Nur baru sahaja lepas brisk walking & stretching selamat 30 minutes. Sekarang rasa mengantuk pula. Haha. Nak tahan mengantuk ke nak tidur? Ubat mengantuk, tidur secukupnya. Kalian rasa Nur buat apa lepas ni? ... 😁🌻, Nur

Tempat Berbuka Puasa

Bulan Ramadan 1439. Tidak akan kita tidak bicarakan berbuka puasa pada Bulan Ramadan, kan? Sejak Nur diuji dengan cirit-birit dek  makan makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Nur dah kurangkan/ tidak ke Bazar Ramadan. Alhamdulillah, Ramadan kali ni, setakat tarikh hari ni,  Nur belum beli makanan di Bazar Ramadan. Suami dah belikan stok bahan masakan, Nur sukalah memasaknya. Nur gantung periuk bila berbuka dengan keluarga Nur, keluarga mertua dan majlis berbuka anjuran pejabat suami. Alhamdulillah, nikmat. Antara berbuka puasa di restoren dan di rumah, Nur suka berbuka di masjid. Haha. Teringat berbuka di surau/ masjid zaman belajar dulu. Seronok. Tempat berbuka yg Nur suka: 1. Masjid 2. Rumah Kalau diajak berbuka di luar, Nur suka tempat yg ada tempat solat. Sekarang ni, bila tengok nilai harga berbuka puasa di luar, harga yg Nur tengok paling murah: RM33.00 / seorang dewasa. Nur rasa tak berbaloi RM33 / seorang hanya untuk berbuka. Bukannya semua makanan kita makan...

Seronoknya menaiki Komuter

Image
Hi, Nur menjadi pengguna pengangkutan awam kembali sejak tahun lepas. Apa beza menjadi pengguna pengangkutan awam dan memandu sendiri? Jawapan: Tak penat memandu. 😁 Rehat menaiki komuter. Nur teruja menaiki komuter dari Seremban ke Pulau Sebang, Melaka (sempadan Tampin). Kali pertama ni. Tempoh perjalanan lebih kurang 33 minit. Lagi cepat daripada memandu. Tambang: RM6.20 dengan menggunakan kad KOMUTER-LINK #yourbuddy Dari Stesen Keretapi Pulau Sebang, senang dapatkan teksi. Rezeki Nur sampai, sudah ada teksi menunggu di luar stesen. Tambang RM10 ke pejabat kerajaan di Tampin. Walaupun tambang mahal daripada GRAB, Nur ambil teksi di depan mata Nur. Senang. Rupanya Stesen Keratapi Pulau Sebang ni dekat dengan MyDin Mall Pulau Sebang, Stesyen Minyak Shell dan Caltex, depan sikit, dah sampai Tampin. Jalan kaki pun boleh je ke pejabat kerajaan yang Nur tuju ni. Sanggup tak sanggup je. 😁 , Nur PDTT 📂

Hikmah Kewajiban Menafkahi Isteri - 1

Image
Tempoh hari, Nur dalam persidangan perbicaraan Tuntutan Nafkah Anak. Apabila Nur bertanyakan si bapa, siapakah orang yang dibawah tanggunggunnya, dia menjawab:  kesemua anaknya. Bila ditanya, bagaimana dengan isteri?, si bapa menjawab: "Saya tak menanggung isteri saya sebab saya telah membenarkan mereka bekerja dan mereka mempunyai pendapatan ." Masya Allah... apakah kita sebagai Muslim suka dengan pernyataan itu? Nur rasa ada bunyi guruh menyelit dalam dewan bicara apabila mendengar si bapa berkata begitu. Apa komen para pembaca blog Nur? Nur ada beberapa komen, tapi Nur simpan dulu komen Nur. Nur nak tambah ilmu dengan membaca buku Hukum Hakam Nafkah Perkahwinan, Membenarkan 1001 Persoalan Nafkah "Duhai Suami, Bahagikan Isterimu Tercinta" Nafkah Mut'ah Menurut Prespektif Syariah dan Perundangan. , Nur BBN 🏸

Nur introduce NUR

Hi... I'm Nur. Full name; Nur Ilham. Nama Pena; Nur. Female Muslim Malaysian Daughter Wife Working as a Syarie Counsel | Peguam Syarie Love being as a home helper for my husband, kids; insya Allah, emak, abah, sisters, brothers & my big family. Studied in Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor. Aim to further study in Syariah, insya Allah. Working in area Negeri Sembilan, Melaka , insya Allah Selangor & WPKL, Putrajaya & Labuan. Like to join as a businesswomen. Still survey & studying the best business for us. So, anyone can give any opinions/suggestion. I love to learn from you all how to start or how to be a pious rich person. 🌻 Nur BBN