Tempat Berbuka Puasa

Bulan Ramadan 1439.

Tidak akan kita tidak bicarakan berbuka puasa pada Bulan Ramadan, kan?

Sejak Nur diuji dengan cirit-birit dek  makan makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Nur dah kurangkan/ tidak ke Bazar Ramadan.

Alhamdulillah, Ramadan kali ni, setakat tarikh hari ni,  Nur belum beli makanan di Bazar Ramadan.

Suami dah belikan stok bahan masakan, Nur sukalah memasaknya. Nur gantung periuk bila berbuka dengan keluarga Nur, keluarga mertua dan majlis berbuka anjuran pejabat suami. Alhamdulillah, nikmat.

Antara berbuka puasa di restoren dan di rumah, Nur suka berbuka di masjid. Haha. Teringat berbuka di surau/ masjid zaman belajar dulu. Seronok.

Tempat berbuka yg Nur suka:
1. Masjid
2. Rumah

Kalau diajak berbuka di luar, Nur suka tempat yg ada tempat solat.

Sekarang ni, bila tengok nilai harga berbuka puasa di luar, harga yg Nur tengok paling murah: RM33.00 / seorang dewasa. Nur rasa tak berbaloi RM33/ seorang hanya untuk berbuka. Bukannya semua makanan kita makan. Lagipun, waktu berbuka sangat singkat. Tak kan kita nak lepaskan solat jemaah Isya' seterusnya solat tarawikh, witir, iktiqaf dan bacaan Al-Quran yang amalannya berganda-ganda daripada RM33.00?

Lagipun, Nur ada matlamat dalam menguruskan kewangan Nur. Tu yang Nur tak mampu nak makan makanan bernilai RM33.00.

Nur suka dengan RM33.00 tu, kita kongsikan makanan dengan orang kesayangan kita; suami/ isteri, anak-anak, ibu, bapa,  adik beradik, kerabat, jiran, orang fakir miskin, pelajar, orang berjihad, kan?

Berlumba-lumbalah kepada kebaikan. Rahmat Allah sangat luas.

🌻, Nur
Selamat menjalankan ibadah dalam Bulan Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

Nur introduce NUR

Hikmah Kewajiban Menafkahi Isteri - 1